I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 19, 2011

Harapan atau Sebuah PENGHARAPAN??

Bila bercakap pasal harapan nie..Bukan satu dan bukan dua harapan besar yang kita nk capai.
apatah lagi harapan yang tinggi menggunung. macam angan2 nk kawin ngn anak Raja. Haihh,anak Raja mna lah yang nk kwin ngn kite nie... hehe..

Dan pulak tu harapan besar kita nk bawak kreta besar kee.. Haihh,besr mane la kau nk bawak kereta tuu..
mcm boleh jee nk bawak... (mgkin sbnarnya "drive" bukan bawak)
Dan pulak tu nk jadi anak yang solehah atau solehah.. Sgt2 besarkan harapan tuu..
Tapi,harapan nie bukanlah org bertuah je boleh jadi anak solehah dan soleh.. Sebab semua boleh laaa..
Haa,sebab tu lah yang membezakan harapan2 besar antara kemahuan dan keinginan..Dan mungkin jgak keperluan.
Nak jadi anak soleh dan solehah nie xbermain dengan Tuah atau Jebat ke, Lekir ke 5hang tuu...
Tapi sgt2 bermain dengan DIRI hang sendri. Nk jadi anak solehah ke soleh atau pon anak *so boleh dan *so boleh ahh.. (semua nk boleh je)

Besar kan harapan2 kite.. tpi sbnarnya harapan kita semua same je... (ohh,very proud to know we have same intention)
Jadi ape yang mmbezakan kita sbnarnya..?? Membezakan kita dalah DAPAT dan TAK DAPAT..
Lau sy dapat,sy lah bertuah dan mungkin kalian adalah Jebat (sebab tak berpeluang dan dapat ape yg sy dapat)
Ok,bukan nk bermain ngn nama2 sekian tapi anggaplah ianya suatu yang subjective,semua boleh jadi..
Berbalik dengan tajuk kita, Harapan.. Kita mungkin beranggapan masing2 mempunyai sama keperluan dan berbeza harapan.. Tapi kan,cuba la anda2 semua pgi soal siasat ke...Tanye je la sesape pasal harapan. Dan tulis apa harapan diorang,.. (nie bukan la assgmnt kaji selidik) cuma nk anda balik dan baca dan soal diri sndiri pulak dengan harapan2 besar diorang2 yang siselidiki.. aihh,,,Same x ngn harapan korang..??
Sy tak cakap sekeras2nya bahawa harapan kita totally adelah serupa.(cuma mahu kalian fikir-fikir dan fikir). Tapi sbenarnya perkara2 yang membuka mata kita kepada setiap keadaan tu lah yang menyamakan kta dengan suatu harapan dan keinginan masing2. Unik kan.. Pernah tak anda terpikir perihal semua ini..?? Sejenak je,jum sama2 kita termenung... (bukan suruh mengelamun,cuma minta anda mncari suatu harapan dan keinginan yang berbeza)

Dan sekarang sy cuma mx 2 minit je lebih kurang... nak anda2 semua set kan ape je yang anda pkir sekarang. Mksud sy tentang harapan anda yang anda kate berbeza dan tak sama. (dan sebenarnya tak SEMUA sama).. ok dah..?? dan sy pulak mngerakkan jari selama 2 minit nie untuk tulis dan bgtahu satu je harapn sy.. hanya satu harapan.. dan harapan besar,dalam sebuah kehidupan.. iaitu.......................... Nk semua Ahli keluarga sy berjaya,tak kira anak ke,anak sedara ke.. sebab sy nk kongsi gembira ngn diorang..
haaaaaa,sama x ngn korang pkir..?? oops,xsama ke..??? Mmg lah tak sama sebab sy bukan lah mind reader,atau nk cuba berfikir depan sy?? (sy akn cuba baca apa kalian pkir) ok lah,xpe xsama..
Tapi sy nk jgak kasi sama.. Sebab kita kan serupa... Humm,pejam mata jap...??? (nk suh rehatkan minda je,bukan nk buat silap mata pon..) Sbab sy nak klian baca balik apa harapan sy.. Dan pkir la,kalian tak mau ke kuarga anda2 semua berjaya..?? haaa,xkan nk sorang2 je berjaya,xkan nk sorang je bolot kejayaan tu.. dan kalau yea pon,btul la anda mmg nk sorang2 je usaha kumpul harta kan..(ikhlas ditujukan kpd insan2 diluar sana yang hidup nk kjar harta je) dan pulak baik hati kalian2 harta2 yang kalian kumpul tu nk kongsi ngn org2 yang xberusaha untuk kmpul sendiri..(dan dituju khas ngn org2 yang sgt berkira untuk bersedekah)
Sy xsuh anda ckap betul sangat sangat ngn apa yang sy ckap nie.. Cuma nk anda2 semua nie berfikir," boleh pkai ke ape sy ckap".. Ok lah lau xsetuju,sebab kita pon ade perbezaan, dan ape yang mmbezakan kita adalah pandangan..

Kita berbalik pada keadaan nk kejayaan semua ahli kuarga smpai cucu cicit tuu... Dan kalau sekali pon anda2 semua xmo diorang berjaya ape kdekut sgt kalian nie... motivasi la sikit,nnty sape lah yang nk nikah kawin ngn anak2 kalian.. (lau perempuan kita ringan kan lidah ckap TAK APE lahh sebb nnty si lelaki jgak yang akan mnganggung~jgn mnangung seksa sudah..)

ooh,mgkin kalian kata,
"tak semua org yang tak berjaya tu tak akn dipinangkan,xakan dinikahkan..dan tak semua mereka adalah bodoh.."
dan betul lah,sy xde plak ckap mcm tu.. cuma sekarang nie sy cuma nk kalian setkan balik ape yang kalian pk xsama ngn sy tadi tu adlah satu persamaan.. iaitu nk mereka2 semua berjaya kann.. yealah,pikiran kalian tu macam dah nk membangkang,... (ooh,sy sgt suka dengan DEBAT2 nii) dan sekali kalian membangkang,itu adalah persetujuan kalian dengan secara tak sengajanya,. Oopp,tak sengaja setuju pulak kee..?? Haa,itu adalah satu cara nk sycho seseorang..(nk eja sycho pon xtaw camne,ntah btol ke x)
bukanlah niat disini nk sycho sesape..Cuma kita bercakap dengan keadaan semahu2nya adalah kebenaran adlah milik kta. dan sekali kalian cuba cakap (ape yang sy highlightkan tu) itu bermakna kalian mahukan mereka berjaya.. Nk mereka berjaya cam kalian ade kuarga,ada org nk kawing ngn dye dan secara mudahnya nk jadi mcam kalian2 dan anda2 semua laa kann.. Otak manusia yang sihat dan sempurna xakan bergerak dalam satu keadaan sahaja.. tapi akan bergerak dengan keadaan semua anggota dan andomen badan.. (dan bila seorang yang bercita2 doktor xberjaya bercakap) Tak caya pulak ke..?? dan mcm dah berkerut ckap sy dah melalut..?? Bukan melalut... Kita adalah ciptaan terhebat Allah Subhanallah Taala.. serentak pergerakan kita,nadi,jantung,tngan,kaki,akal dan semuanya apabila kita memikirkan sesuatu.. Mungkin sesuatu yang kita pkir tak memerlukan pergerakan yang khusus..Tapi manusia ada lah manusia yang jasmaninya adalah suatu anggota yang akan dikawal oleh akal.. Belajar sndiri pon ada attract diantara otak kiri dan kanan,jadi tak heranlah semuanya berlaku adalah bersebab dab berakal sebabnya akal xlah berfungsi pada kiri dan kanan sahaja.. (dalam pemahaman sains,wallahualam sebab sy bukn pelajar sains) tapi kita adalah pelajar ilmu Allah,cuba mengaplikasikan semua ciptaan Allah.. Setiap ape yang dicipta adalah bersebab.. Dan sebab itulah ianya akan berlaku pergerakan yang akan membuatkan seseorang berinteraksi dengan drinya sendiri untuk berjya atau gagal. Dan kita bukan lah robot yang akan berfikir sesuatu dlam keadaan kaku. Dan mungkin kaku sekali pon,akan berlaku pergerakan kecil ditubuh badn kita.. Contohnya apabila tgok org dalam keadaan rungsing,mereka2 akn termenung atau mundar mandir dlam keadaan tangan mncubit sesuatu.. Pernah terpikir..??

Itu adalah satu interaksi sebenarnya.. Dengan cara itu,kita akan dapat apa yang kita inginkan.. Dan jgak sebenarnya sy sngaja mngatakan perbezaan Harapan yang kalian fikirkan itu adalah sebenarnya terletak pada suatu effort iaitu kemampuan dan usaha.. Itu adalah perbezaan kita sebenarnya dalam sebuah PENGHARAPAN.. Tersenyum atau berkerut?? Kalau tersenyum bermakna anda bersetuju dgn sy??? Jika bersetuju,sila LIKE.. dan jika berkerut,sila baca balik dari awlnya.. Dan cuba jgak tersenyum sebab sy dah letih menaip untuk phamkan kalian..

Dan jgak satu HARAPAN kita yang sama disini, NAK BERJAYA dalam FINAL ni,nak PASS ngn CEMERLANG,nk dapat POINTER TINGGI... kan2... Jadi marilah kita sama2 buat persamaan antara kita dengan HARAPAN,KEMAHUAN yang sama dan jgak tak lupa dengan EFFORT!!

Akhir kalam dari Dinda Cilik, Semoga kalian semua berjaya dan SELAMAT BERJIHAD DALAM MENCARI ILMU ALLAH. Semakin digali semakin dalam lah ILMU yang kita cari dan DAPAT..
Salam Imtihan Bittaufiq Wannajah.. :)

Friday, April 15, 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat dikumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.
- Artikel iluvislam.com

Kepimpinan BerTuhan

Sejak memperkenalkan program spiritual leadership, ramai yang bertanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan spiritual.  Mungkin kita sering mendengar tentang perkataan spiritual namun kita mungkin juga tersilap kira tentang pengertiannya.
Ada antaranya yang menggambarkan tentang beberapa bacaan yang perlu dibaca lalu ianya dipanggil spiritual.  Ada juga terlintas di minda mereka beberapa ritual yang perlu diamalkan dan itu pada pandangan mereka adalah spiritual.
Spiritualiti adalah satu kepercayaan yang mendalam yang berkait dengan perasaan berhubungan dengan hal-hal ketuhanan, keyakinan, pengharapan serta perbuatan yang sama arah tuju tetapi bersifat multidimensi.  Ianya memberi satu momentum energy yang cukup kuat dalam menterjemahkan idea ke bentuk perbuatan.
Ini kerana mereka yang benar-benar memahami erti spiritualiti pasti akan menjumpai erti kehidupan sebenar dan tujuan hidup yang menjadi landasan untuk hidup.  Hasilnya mereka mempunyai daya tahan yang kuat dalam mengharungi liku kehidupan yang mencabar.

Mistik?

Berbeza dengan apa yang dipanggil mistik.  Mistik merupakan sesuatu yang boleh dikatakan dengan bahasa mudahnya ghaib.  Mistik amat berkait rapat dengan mantra dan seumpamanya manakala spiritual pula merupakan keterikatan seseorang itu dengan Maha Pencipta.  Mungkin kupasan di atas sudah mencukupi untuk kita lebih memahami istilah yang spiritualiti dan mistik yang sering disalah ertikan selama ini.
Hari ini apa yang ingin saya kongsikan adalah cerita kepimpinan yang mungkin selama ini kita lihat dari satu sudut yang berbentuk namun kali ini marilah kita melihatnya dari satu dimensi berbeza.
Kepimpinan jika dilihat dari dimensi spiritualiti cukup menarik untuk dikupas seperti kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umayyah yang bertahan selama 852 hari.
Apa yang menariknya tentang Khalifah ini adalah kehebatan peribadinya dalam pemerintahan.  Kegemilangan beliau adalah corak pemerintahan yang berTuhan.  Inilah yang dipanggil kepimpinan berTuhan yang mana beliau zuhud dan dapat memakmurkan negara dengan kezuhudannya.

Kepimpinan BerTuhan

Persoalan yang sering timbul adalah memahami takrifan zuhud itu sendiri.  Sebelum kita pergi lebih jauh dengan apa yang diertikan dengan kepimpinan berTuhan maka lebih indah seandainya kita dapat mengupas pengertian zuhud itu sendiri.  Jika dilihat dari sudut bahasa zuhud membawa pengertian berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana seseorang tidak memerlukannya.

Menurut Hasan Al-Basri pula "zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau mensia-siakan harta,  akan tetapi zuhud di dunia adalah kamu lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tangan kamu. Keadaan kamu antara ketika ditimpa musibah dan tidak adalah sama sahaja, sebagaimana sama sahaja di mata kamu antara orang yang memuji kamu dengan yang mencela kamu dalam kebenaran."
Seringkali kita mendengar bahawa zuhud ditakrifkan dengan meninggalkan hal-hal duniawi sedangkan makna lebih jelas adalah mendahulukan Allah dalam segala hal.  Kepimpinan berTuhan yang diamalkan oleh Umar Abdul Aziz adalah satu bentuk kepimpinan yang mendahulukan Allah swt dalam semua hal.
Maka corak pemerintahannya menjadikan keadaan ketika itu bercukupan hinggakan mencari orang untuk diagihkan zakat juga agak sukar.  Kepimpinan berTuhan ini perlu dimulakan dari diri sendiri terlebih dahulu.  Kita perlu menjadi khalifah kepada diri kita sendiri.  Dalam hal ini, kita perlu tahu juga untuk membezakan kepentingan sesuatu hal, contohnya Umar menggunakan dua pelita yang satunya untuk negara dan satu lagi untuk diri sendiri.

Kepentingan atau Keutamaan?

Jika kita melihat hal ini dari sudut spiritual maka yang jelas untuk dikupas adalah cara kita meletakkan kepentingan atau keutamaan.  Seringkali kita alpa dalam aspek untuk menentukan keutamaan sesuatu perkara.  Kita perlu bijak dalam menyusun atur keutamaan dalam kehidupan kita.  Itu adalah titik awal untuk kita mentadbir diri kita.
Kita kemudiannya perlu juga tahu yang mana satu keperluan hidup dan yang mana satu kehendak.  Kedua-dua ini acapkali bertembung apabila satu-satu keputusan ingin dilakukan.  Akibatnya kehendak seringkali mendapat tempat di hati.
Demi untuk kita tahu menilai keutamaan serta membezakan antara keperluan dan kehendak maka kita amat perlukan hakim yang bijak untuk memberitahu kita percaturan yang perlu diambil.  Hakim berkenaan adalah Allah swt. yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana.  Maka kepadaNya kita perlu merujuk.
Jika kita hanya merujuk kepada diri sendiri maka kita masih mungkin merujuk kepada nafsu yang ingin dipuaskan kerana takut dicela masyarakat, takut dilihat miskin atau takut dilihat lemah.  Jika rujukan itu dilakukan kepada Allah swt. maka kita tidak peduli apakah pandangan sekeliling kerana yang paling penting adalah pandangan Allah swt. terhadap diri kita.
Jika ini boleh dilaksanakan maka kita sudah mula membawa corak Umar Abdul Aziz dalam kehidupan kita.  Kita sudah mula memimpin diri sendiri dengan kepimpinan berTuhan dan kemudian barulah ditularkan ke seisi keluarga, masyarakat dan negara.

Apabila Diri Dihina

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 

  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 

  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

  • Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 

  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

  •  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

  • Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

    Sunday, April 3, 2011

    Cinta Untuk Diri Manakah..??

    SAYA mengagumi seorang jejaka yang juga pemimpin pelajar kerana sikapnya yang tidak ego dan menghormati wanita. Kami pernah bertemu dan berbual. Sejak itu, saya berasakan perasaan aneh yang menurut rakan, itulah cinta. Adakah bercinta itu salah? Apakah perspektif Islam mengenai cinta.


    Siti Murni
    Bandar Baru Uda, Johor.

    CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

    Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

    Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

    Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)

    Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

    Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

    Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.” (Hadis riwayat Tabrani)

    Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al Isra', ayat 32)

    Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

    Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

    Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.

    Jawapan disediakan oleh Endok Sempo M Tahir, Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pusat

    Saturday, April 2, 2011

    4 Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka.

    Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
    Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

    1. Ayahnya
    Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

    2. Suaminya
    Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

    3. Abang-abangnya
    Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

    4. Anak Lelakinya
    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
    Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

    Firman ALLAH SWT:-
    "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
    Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita