I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 1, 2011

Beruntunglah Jadi Perempuan

Istimewa jadi pompuan....ya Ikhwati (yg perempuan :D) Antunna harus bangga jadi seorang muslimah, tidak perlu iri dengan kelebihan yang ada pada perempuan tepi jalan dan lelaki. Nggak percaya? baca ini:
Kaum FEMINIS bilang,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.8. Wanita kurang banyak beribadah karena masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

Makanya mereka tidak lelah-lelahnya berpromosi untuk “Memerdekakan Wanita Islam”!
PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA...??aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga...makanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.

Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : shalat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah...demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?masih nak malas2 jaga aurat??Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Peganglah Api jika Terniat Zina


Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan, sehingga pada suatu malam terlintaas di dalam hatinya hendak berzina dengan gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya..


Kebetulan pada ketika itu, di sampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru di nyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu..Maka dia pun terus memejamkan pandangannya kepada api yang sedang menyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri..



"Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan gadis itu?Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang sedang bernyala itu. Kiranya ia tahu panasnya ,nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu."

Maka pemuda soleh itu meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya,sehingga nyawanya hampir tercabut kerana tidak tahan dengan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:


"Wahai diriku,tahniahlah engkau!! Rupanya engkau tidak tahan, padahal api di dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau dengan menghadapi api dunia engkau tidak tahan, apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."


Lalu pemuda soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah di ganggu oleh lintasan buruk seperti itu...

~the end~

renung sejenak~~




Surah an-nisa ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya. Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menhanpiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatanyang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


yang sempurnakan:: Ya Allah jadikanlah aku setiap hari dari setiap segi..menjadi lebih baik..lebih baik dan lebih baik..aminn..:)