I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 1, 2011

Peganglah Api jika Terniat Zina


Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan, sehingga pada suatu malam terlintaas di dalam hatinya hendak berzina dengan gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya..


Kebetulan pada ketika itu, di sampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru di nyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu..Maka dia pun terus memejamkan pandangannya kepada api yang sedang menyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri..



"Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan gadis itu?Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang sedang bernyala itu. Kiranya ia tahu panasnya ,nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu."

Maka pemuda soleh itu meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya,sehingga nyawanya hampir tercabut kerana tidak tahan dengan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:


"Wahai diriku,tahniahlah engkau!! Rupanya engkau tidak tahan, padahal api di dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau dengan menghadapi api dunia engkau tidak tahan, apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."


Lalu pemuda soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah di ganggu oleh lintasan buruk seperti itu...

~the end~

renung sejenak~~




Surah an-nisa ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya. Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menhanpiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatanyang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


yang sempurnakan:: Ya Allah jadikanlah aku setiap hari dari setiap segi..menjadi lebih baik..lebih baik dan lebih baik..aminn..:)

No comments:

Post a Comment