I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 10, 2011

Renungan : Wanita Insan Terhebat

Tertanya2,dimanakah kehebatan kaum Hawa ini. Wahai kalian kaum Adam y bace entry nie.. Amiklah mase,berpikirn buatlah perhintungan. Betulkah Wanita Insan Terhebat. Setelah itu,kamu akn dapat jwpan pd persoalanmu dan whai Kaum Hawa sendiri,sedarkah diri kalian,kita sebagai insan terhebat..?? Mari kita sama2 mncari,dimanakah bukti yang menjelaskannya,... =)

Seperti Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita,yakni Ibu,Bonda,Emak,Ummi, mahupon ape shaja gelaran.. Mereka lah insan terhebat.

Kenapa Wanita Insan Terhebat..???
Pemikiran Barat telah melabelkan wanita ini sesuatu kaum yg tlh diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai jantina yang berlawanan jenis dengan lelaki y bertindak sebagai penggoda, menawan,merangsang dan menfitnah jantina yang berlawanan. Bunyinyaa seperti aku merendah2kan martabat kaum wanita kan..?? Tidak sama sekali. Aku membuktikan kita memang hebat,mmpu mmberikan kesan yg sgt mndalam bg lelaki sama ada positif atau ngatif. Tak dinafikan,mereka juga mampu tapi keadaan n naluri seorang wanita msih tdak mmpu dikuasai oleh mereka lantas kitalah sebagai insan yang mmpu memberikan kesan itu.

Kesan atau fitnah dilahirkan oleh wanita adalah sgt besar.. Mampu merubah segala pemikiran lelaki,dengan lentok jalannya,dgan suara mnjanya mampu menggoda lelaki lantas memberikan fitnah kpada kaum Adam.
Oleh kerana fitnah perempuan mrepakan pemburu sekaligus pembunuh yg amat kejam,Rasulullah s.a.w awal2 lagi telah mngingatkan kita dgn sabdanya :

"Tidakku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kaum Adam selain perempuan."

Waahh..dahsyat kan.. Hebat tak perempuan nie..?? Hebatkan,tapi jgnlah berbangga dgan khebatan yg turut mnghancurkan kita wahai muslimat. Walaubagaimanapun,rendahnya martabat wanita ini apabila mereka seperti barang y diperdagangkan apabila wanita2 dijadikan model untuk melariskan jualan, dan seumpamanya. Eksploitasi wanita ini semkin hebat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya iaitu sebagai isteri, ibu, pendidik generasi pelapis, serta sayap kiri perjuangan suami.
Seharusnya apabila sedarperkara ini,sebagai wanita solehah dan muslimat,kita haruslah menjauhi sebarang fitnah ini lebih2 lagi fitah meruntuhkan martabat yang melibatkan kaum Adam ini.

Mahu Menjadi Wanita Terhebat??

Islam telah mengariskan dan telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang ditunjukan oleh Barat.
Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni. Maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya.
Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincanglah semua.
Dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini.  Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan memainkan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut serta menghayun pedang perjuangan.

Walaubagaimanapun,sehinggalah pada hari ini pemikiran ditanam oleh Barat tentang wanita adalah selemah-lemah kaum masih lagi bertapak di pemikiran. Pemikiran inilah yang menyekat dan membataskan kemampuan wanita secara halus. Hakikatnya,wanita bukanlah ingin mnyaingi lelaki,tak perlulah menjadi tomboy untuk membuktikan ketabahan dan kekuatan pada kaum ini.
Cukuplah sekadar kita menjadi insan yang tbah,insan y lemah lembut yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T sesuai untuk mendidik anak2. Kekuatan lelaki,mampukan mereka bertahan disaat terbentuknya bayi di dalam rahim dan kemudian dikandung selama sembilan bulan 10 hari, seterusnya kelahiran bayi telah membuktikan kehebatan dan ketabahan seorang wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses menyusukan dan mendidik anak sehinggalah mereka dewasa dan mampu berfikir dan berdikari sendiri. Mampukah lelaki..??? Sambil aku tersenyum disaat aku menulis entry ini. Sekali lagi tersoal,mampukah lelaki..??? Jawablah kalian.. =)

Walaubgaimanapun,remaja yang dimartabatkan sebagai remaja juga kuat dan insan yang hebat apabila mereka mmpu melawan setiap musuh2 yang mendatang seperti musuh dalam lipatan,iaitu nafsu sendiri. Nauzubillah,ada diantara kita telah mnggalkannya apabila tewas dengan tuntutan nafsu itu dan syabas kpd wanita hebat y masih lagi bertahan menjadi wanita terhabat apabila melawannya. Disaat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, mereka melawan dengan keyakinan berpegang teguh pada ALLAH. Melawan nafsu adalah jihad! Benar, inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri setiap wanita. Dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah wanita yang dulu dipandang lemah merupakan insan hebat kerana mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan dunia.

Bukan itu shaja,fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia". Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

Hebatkah wanita..?? Kita lah wanita terhebat yang masih mampu hidup tanpa hadirnya lelaki. Ianya satu fitrah apabila kehadiran wanita dalam hidup lelaki yang bakal dan mmpu merubah segala keadaan. Wanita,satu sifat mnja yang telus dan mendamaikan apabila akn menyayangi lelaki seadanya dan melebihi kaum itu,namun satu kepastian lelaki tidak akan mmlu bertahan hidup sendiri apabila kehilangan wanita. Terbukti,apabila mereka kehilangan ibu sebgai kaum hawa yang paling dekat. Walaubgaimanapun,keadaan nya vise verse apabila wnita mampu dan kuat untuk berdiri.
Sekali lagi,lembutnya wanita biarlah seperti Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggongcang Dunia.
Wallahualam.. Sekian. =)

p/s : alhmdulillah,biarkan ianya nampak sempurna apabila jari ini laju menari di atas keybord lptop kerana aku Wanita Terhebat.. 

Pencari.Sinar.

No comments:

Post a Comment